Para Pemuda Itu.
เขียนโดย Fathy Sp | 8:53 PM |Para pemuda, ya! para pemuda harapan Bangsa dan Negara, juga pada kesucian agamanya, para pemuda yang sanggup dengan segenap rasa dan raga untuk membela sebuah kehormatan sebagai manusia yang diciptakan oleh tuhan menjadi manusia Bangsa Melayu Patani, yang punya Negara nama Patani.
Segenap jiwa dan raga mareka korbankan untuk sebuah kehormatan yang diperintahkan agama suci, sanggup melepas semua kesenangan diri, jauh dari kerabat keluarga yang mareka cintai, masuk hutan, naik gunung, tidur dalam air hujan, tahan lapar, dibawah sinar mata hari yang terik mareka melangkah tanpa ada rasa keluhan hati dan penat raga, kadang-kadang bawa luka peluru mengalir darah sepanjang jalan, para pemuda itu tahu, yang akan mareka hadapi lebih kuat, tapi dengan dasar keyakinan yang tak boleh bertelah bagi, dengan cerita Nabi besar telah terbukti, sebab Allah telah berjanji dengan kalam kekal abadi “dan sesungguhnya tentara kami itulah yang pasti menang” (ash-shaffat:173).
Apakah para pemuda itu dari keturunan ternama dalam masyarakat melayu Patani?. Apakah dari anak keturuanan raja-raja?. Tidak, mareka dari anak-anak orang kampung awan biasa yang hanya cari makan dari tanah warisan nenek moyang belaka, bila ada diantara mareka yang gugur dalam pertempuran dengan musuh Siam, maka mareka sendiri menggali kubur dan mekuburkannya, tanpa diketahui oleh orang ramai dan sanat saudara, tidak ada air mata diantara mareka, tidak ada jamuan makan-makan, sunyi dari suara manusia, yang bersuara hanya angin dan binatang hutan, bagi mareka ada do’a dan kata gemuruh dalam hati.
Para pemuda itu hidup bersahaja, mengajar ilmu agama pada budak-budak kampong, malahan ada diantara mareka menjadi pengembala kerbau disawah-sawah, malahan ada cerita seorang pemuda yang sanggup mencari botol-botol bekas untuk mendapat sedikit uang, malahan ada diantara mareka tidak dapat melihat ayah dan ibu meninggal dunia, kerana tidak dapat balik ke kampung halaman sendiri, sebab disyaki sebagai tangan peganas kerajaan dan orang tali baruk Siam yang murah yang ada dalam kampong, akan tetapi hakikatnya para pemuda itu sangat berbudi pekerti yang baik, sanggup gadai nyawa bela kesucian agama Nabi besar dan mulia.
Pepatah melayu memberi sebuah kata “mahal emas kerana kuning, mahal buah padi kerana tiada musim, mahal gadis dara kerana suci, luhur berbudi seorang pemuda kerana pandai hormat orang tua”.
By: Haram Patah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ความคิดเห็น:
Post a Comment