Selamat datang di blog haram patah, blog orang mustadh'afin, yang menyediakan bacaan bahasa melayu sederhana, blog yang memberi sikap haram patah dalam perjuangan dan kehidupan, selamat membaca dan menimba wawasan

MENTAL SEORANG MELAYU TULEN

| |

Kita pernah mendengar bahawa peribadi seseorang itu pengaruh apa yang dia rasakan dan apa yang dia melihat, ada juga kita orang yang pandai membaca dan pernah membaca dari kata orang bijak membuat kata mutiara seperti “You Are What You Read” (diri mu apa yang kamu baca), dan pernah juga kita orang melayu mendengar bahawa “orang melayu itu malas”, dan banyak lagi kata-kata yang keluar dari lisan seseorang dan kata-kata yang tertulis didalam buku-buku.

Disini saya sedikit yang pandai menulis, mahu mencuba memberi pemahaman saya melalu tulisan yang sederhana ini, mengenai mental seseorang atau mental pada diri seseorang, paling tidak kita ada mindar baru dalam menyikapi dalam menjalani kehidupan ini, didalam diri seorang manusia ada unsur rasa, unsur akal fikiran dan unsur anggota badan, semua itu merupakan tiga dalam satu, yaitu diri pada manusia.

Apa itu mental?.

Mental merupakan perkara yang berhubungan dengan jiwa dan watak, jadi bolih kita membuat kesimpulan bahawa mental itu merupakan keadaan jiwa dan watak pada seseorang, pernah kita mendengar kata “Manusia Yang Berwatak Lah Yang Mempunyai Keperibadian Yang Kuat”, manusia yang tidak berwatak adalah manusia yang tidak mengenali unsur pada diri, baik itu unsur dari keturunan, baik unsur itu dari kebudayaan dan baik dari kebangsaan, dan agama merupakan pengendalian sifat liar pada jiwa dan watak pada diri seseorang.

Waktu kecil saya pernah mendengar dari mulut seseorang bahawa “Orang Melayu Itu Malas”, perkara itu menjadi ingatan saya sampai sekarang, dan selalu membuat pertanyaan, siapa yang memberi tanaman kalimat malas pada orang melayu, setelah saya pandai membaca dan pandai menulis, maka sekarang saya tahu bahawa yang menanam bahasa “malas” pada orang melayu adalah orang cerdik pandai barat yang ingin menjatuh mental orang melayu dan tujuan akhirnya orang barat adalah menjatuh mental orang melayu dan menjajah mengambil kekayaan alam yang ada dialam melayu, jadi mudah katanya bila orang dalam masyarakat tertanam dengan “Kalimah Malas” dan sikap watak yang tidak berkeperibadian, maka terbentuk lah keperibadian yang ada “Semangat Usaha Lemah Dan Jiwa Mudah Terima Yang Tidak Mahu Teliti lebih dahulu”.

Apakah orang melayu itu malas?.

Disini lah perlu kita bersama orang melayu membuat kajian ilmi pada sejarah nenek moyang orang melayu dahulu, apakah betul orang melayu itu malas, cermat peribadi saya bahawa orang melayu itu tidak malas seperti apa yang dikatakan oleh orang barat, alasan saya adalah, cuba kita melihat sikap orang melayu kita dalam membuat pakaian batik, membuat seni ukiran pada kayu, membuat alat senjata keris yang rumit dan nilai tinggi, membuat alat penangkapan ikan, membuat bentuk rumah yang indah-indah, perkara semua itu dibuat oleh tangan rajin orang melayu dengan penuh kecermatan dan penuh dengan ilmu hitung, sikap malas itu adalah sikap yang tidak mahu bergerak dan usaha, arti kata tidak bergerak tubuh badan dan akal fikiran, jadi anggapan kata malas oleh orang barat itu adalah “Senjata Bahasa Atau Senjata Lembut” untuk melumpuh mental orang melayu, hakikatnya orang melayu “Tidak Malas”.

Apakah orang melayu itu berani?.

Perkara ini juga menarik untuk kita gerasi melayu sekarang membuat kajian ilmi, apakah orang melayu itu berani?, berani lawan dia takut, bila tidak berani maka takut adanya, cuba kita melihat pada sebuah alat senjata keris yang pendek dan tajam itu, saya peribadi selalu memikir dan cuba simak pada senjata keris, keris itu begitu pendek dan tajam, alat senjata orang melayu bagi lelaki dan bagi perempuan pada zaman dahulu, keris merupakan alat pertahanan diri pada jarak yang dekat, arti kata bila dua orang pendekar berkelahi, maka akan bertarung dengan jarak yang sangat dekat dan paling mendebarkan,wajib mempunya nyali dan naluri tarung yang tinggi, tidak jauh berbeda dengan Pisau Sangkur Seorang Tentara Komando yang berani membunuh lawan dengan jarak yang paling dekat dan darah melekat ditangan bila dapat menusuk lawan, artikata orang melayu dahulu sangat berani, mempunyai jiwa kependekaran, mempunyai jiwa keperwiraan yang tinggi dan jiwa setia pada nilai kepahlawanan.

Sangat luas bila kita mahu mengenal jati diri seorang melayu sejati, ada sebuah kata begini, yang barang kali kita pernah membaca dan mendengarnya “Bila Kenal Diri Maka Kenal Lah Tuhan”, ini lah barangkali kita orang melayu perlu merubah mental yang tidak kenal diri kepada mengenal diri, yang khawatinya orang melayu yang ada di Negara Melayu tapi tidak kenal melayu pula, malahan bangga pada bangsa yang bukan bangsa diri sendiri, semuga kita generasi baru selalu membuat kajian ilmi untuk lebih kenal diri kita itu “Siapa Aku Ini, Siapa Diri Aku Ini”, semuga dapat menjadi manfaat bagi budiman yang membaca. Wallahhu a’lam.

By: Saifullah

1 ความคิดเห็น:

Anonymous said...

Saya sebagai salah seorang warga melayu bersetuju dengan setiap patah perkataan yang saudara lontarkan,suka rasanya saya menumpang mengutarakan pendapat untuk menyambung penerangan saudara kita itu. Bercakap kita mengenai suatu bangsa,suku,ras dan banyak lagi istilah yang kita gunakan untuk membeza dan mencirikan serta dengan segala sifat untuk menentukan satu satu kelompok manusia...kita bangsa melayu bijak menberi pendapat dan pandangan,sampaikan banyak dari hasil penulisan bangsa melayu menjadi jurnal untuk sesaorang pelajar mendapat sarjana/master dan banyak lagi..........ini pandangan saya untuk semua kaum krabat bangsa melayu.....hanya ada satu bangsa sahaja di dunia ini yang mendominamkan semua peraturan,disiplin dan keberadaan negara negara dalam dunia ini kemana hala tuju negara negara tersebut....iaitu bangsa yahudi,bangsa yahudi berugama jew,jew berugama yahudi begitu sinonimnya bangsa ini dengan ugamanya,mereka dengan bangga menyatakan mereka berbangsa yahudi sampaikan menimbulkan suatu perasaan curiga dikalangan bangsa bangsa lain,hingga Hitler menjadikan yahudi sebagai dakyah ww2.
Cuba kita renungkan adakah bangsa kita ini ada ciri ciri yang sama dengan bangsa yahudi ini...........satu bangsa satu agama...orang melayu hanya beragama islam malah semuanya golongan sunni...bangsa arab dengan berbagai ugama ,malah kalau islam pun dengan berbagai mazahab.bangsa cina juga berbagai ugama dan kepercayaan,bangsa india,eropah. Bangsa yang besar banyak kepercayaan begitu juga bangsa yang kecil pun banyak kepercayaan contahnya bangsa fiji di kepulauan samoa ,mereka ada berbagai ugama dan kepercayaan.Banyak lagi sifat yahudi yang sama dengan bangsa melayu untuk menjadi satu bangsa yang dominan di dunia ini.....bangga menjadi melayu.

Post a Comment