KEDAI KOPI
เขียนโดย Fathy Sp | 2:11 AM |Ramai waktu pagi-pagi dan waktu malam-malam, orang tua dan muda berkumpul di kedai kopi, baik yang ada di kampung-kampung dan ada di bandar-bandar, tidak asing bagi telinga kita orang melayu dengan kedai kopi, kedai yang menjual bermacam-macam makanan kerakyatan dan menjual benda-benda yang dapat dibeli oleh penduduk tempatan, malahan di kedai kopi juga banyak berkumpul para orang kaya dan orang tidak begitu banyak duit, disitu juga ada orang yang terpelajar dan orang awam biasa, malahan di kedai kopi itu juga banyak ma’lumat mengenai keadaan semasa dan cerita-cerita yang masuk akal dan cerita yang tidak masuk akal, lebih-lebih lagi ada yang kita pernah mendengar bahawa kedai kopi merupakan tempat musyawarah yang tidak ada ketua dan setia usaha, tapi selalu ada hal-hal baru dan lama yang selalu dibicarakan dikedai kopi, mudah katanya kedai kopi itu “Tempat Kejek Kira”.Tag
Terasa suka dan ketawa bila orang dapat masuk dalam kedai kopi, apabila ada disana seorang tokoh masyarakat atau tokoh politik tempatan, pasal hari itu lah duit kojek diri sendiri tidak akan habis, bahasa anak muda kata “Kena Bo/Makan Free” kerana akan dibayar oleh tokoh politik tempatan tersebut, mok-cik bersama pak-cik akan selalu suka dan gembira bila kedai kopinya ramai dengan orang-orang dan ramai bualan yang tidak akan pernah ada kesimpulan, baik ada pada waktu pagi hari sampai pada waktu siang hari, dan pada waktu petang hari sampai pada waktu malam hari.
Kedai kopi itu namanya, kedai yang sederhana tapi ramai dengan orang-orang, disana ada pok-cik dia, tok-cea dia, tok-yoh dia, wok dia, malahan disana juga ada cik-gu dia, dan datok guru yang duduk sekali minum kopi bersama-sama, dan tidak lupa juga anak-anak muda yang duduk dikedai kopi yang selalu minta tambah air kosong dari pok-cik atau mok-cik dari tuan kedai, akan tetapi anak mudi tidak ada yang duduk dikedai kopi, hanya datang membeli dan pulang balik selalu kerumah, waktu anak mudi kemari membeli dikedai kopi, maka anak muda pun tidak akan lewat pandangan mata, tapi jarang sangat anak mudi pergi membeli dikedai kopi, barang kali itu lah gambaran masyarakat melayu patani yang berbudaya melayu, yang kita dapat jumpa dimana saja, dirata-rata tempat tanah melayu patani.
Bila kita Membuat Perbandingan dengan kedai yang milik Orang Siam dengan kedai Orang Patani pula, sungguh sangat jauh berbeza, siam terkenal dengan Kedai Arak, duduk bercampur lelaki dan wanita, dikedainya ada binatang angjing peliharaan, didepan kedai ada Tok-Kong (Datok Yang Duduk Jakong Yang Tidak Ada Nyawa Dan Tidak Bolih Bergerak), malahan dikedai orang siam pula ada orang yang Mabuk-Mabuk, dan Bermain Judi, yang teruk lagi disitu juga ada Pelacuran/Orang Tino Jual Diri, sungguh sangat berbeza sama kedai mok-cik dan kedai pok-cik dia yang nama kedai kopi.
Nah, lalu apakah ada orang melayu masuk makan dikedai orang siam?, ini lah yang wajib kita orang melayu patani sekarang dapat melihat bersama-sama, apakah ada orang melayu patani yang masuk dalam kedai orang siam, jika ada orang melayu patani ada yang masuk dalam kedai orang siam, tanda kata orang melayu itu begitu teruk tinkahlakunya, jika ada pun, bolih jadi orang itu tadi Tali Barut Siam atau Jahil Pada Agama Islam Dan Jahil Pada Budayaan Nya.
Jadi mudah kata bahawa kedai kopi orang melayu patani kita itu lebih baik daripada kedai orang siam, kedai kopi orang melayu lebih berakhlak dan lebih berbudaya dan berbudi perkerti bila dibandingkan dengan kedai arak milik orang siam, tapi ada juga orang melayu patani yang pandai hal agama tapi tidak faham kebudayaan tempatan, berkata pada orang melayu yang duduk dikedai kopi itu sia-sia, sangat mudah berkata macam tu, Pandai Hal Agama Tapi Tidak Pandai Menghormati Kebudayaan Tempatan, maka berani berkata pada orang melayu saja, yang jelas-jelas nampak dengan mata kepala dikedai arak orang siam tidak berani kata, ini lah akibat orang melayu tidak mengerti melayu, mari kita menjaga kebudayaan kedai kopi melayu kita, jika disana nampak tidak berbudi, mari lah kita saling memberi nasehat dengan baik, sesuai dengan kebudayaan orang melayu kita.
By: Ma’yeh Kota Baru Jala
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ความคิดเห็น:
Post a Comment