Mati Semut Kerana Gula
เขียนโดย Fathy Sp | 2:18 PM |sebuah tulisan untuk merenung keadaan umat islam pada umumnya dan khusus pada ummat islam patani sekarang.
Berapa ramaikah yang pernah memikir dan merenung keadaan masyarakat melayu Patani di hari ini?, berapa ramaikah yang sanggup memikul kewajiban terhadap masyarakat melayu?, sanggup berkurban jiwa dan raga untuk masyarakat yang penuh keterpurukan dengan titik-titik hitam?.
Sesungguhnya di hari ini telah mendapati, bahwa Al-Islam menjadi pelik dalam buminya sendiri, kerana kita orang Islam sekarang telah hilang tempat mengadu, lebih daripada anak yatim yang di berikan kepadanya makanan yang jelek-jelek, semua kuasa dunia telah bergabung untuk melawan kita orang Islam, maka terdiri daripada kaum yahudi yang menyembah berhala, mereka ingin supaya kita menjadi orang yang paling hina dimuka bumi ini, mereka telah menghalalkan kehormatan kita, harta benda, sehingga darah orang-orang Islam dengan murah-murah dalam pandangan mereka, malahan mereka sediakan hadiyah bagi sesiapa saja yang sanggup menumpahkan darah sesama Muslim yang patuh terhadap hukum Islam.
Sudah cukup mengerti bagi seseorang, apabila ia letakkan jarinya di atas mana-mana tempat dalam peta dunia, sedang ia tertutup mata maka jarinya akan terjatuh diatas garisan warna merah yang melambangkan kawasan tertumpahnya darah orang Islam, apabila membaca surat-surat khabar, maka tertanya kepadanya pristiwa-pristiwa penyembelehan orang-orang Islam, sama ada di Pelastina dan di Tanah Air Kita Sendiri (Fathoni).
Berapa banyaknya pemuda-pemuda Islam telah meninggal dunia dengan hukuman gantung tengkak, betapa ramainya kanak-kanak kecil telah menjadi yatim kerana kehilangan Bapak dan Ibunya, dan ramai orang-orng tua meninggal dunia kerana penyakit sedih hati, rumah-rumah Allah diruntuhkan, Al-quran di bakarkan, orang-orang yang sedang rukuq dan sujud di bunuhkan, sedangkan saudaranya muslim yang lain dalam tidur yang nyenyak.
Beginilah kedudukan Umat Islam dalam beberapa buah Negeri di Dunia ini, mereka diperangi secara berterus terang tanpa sifat kemanusiaan, dan sudah ternyata masyarakat di hari ini yang ketara jiga di bandingkan dengan kezaliman yang mereka melakukan terhadap kita dalam bentuk menaburkan racun-racun peradaban kebendaan, kebudayaan melayu yang di ingkarkan, kewujudan budi pekerti yang runtuhkan, selain itu mereka berusaha merumbak sistem pelajaran dan pendidikkan, menghapuskan bahasa tempatan umat islam dengan menggunakan cara yang halus, tanpa disedari, mereka tidak akan membiar bahasa melayu mempunyai nilai yang tinggi dan membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Al-islam, telah di celup aliran pemikirannya, sehingga cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku suatu itu mengikut kaca mata meterialisme barat/timur.
Wahai saudara dan saudari, bahwa pada akhir zaman ini Negara Islam telah jatuh dalam gemgaman penjajah, setelah ditimpa oleh kemerusutan fikiran dan budi perkerti, kebekuan akal, keruntuhan moral, dan kekacauan politik.
Beginilah nasib Umat Islam di hari ini, terutamanya di tiga wilayah (selatan Thai) dapat umpamakan kematian semut dalam gula.
Marilah sama-sama kita tunaikan kewajipan yang telah kita bebankan selama ini, oleh kerana itu, bersegeralah kita mengikat janji setia dengan Allah saw, untuk mulai berjalan di atas jalan yang diperintah dan apa yang difatwa oleh para ulama, mudah-mudahan kita digulungkan didalam gulungan generasi yang membawa kemenangan dan mencapai kejayaan didunia dan akhirat. Insya Allah, mudahan kita semua gerasi melayu patani mendapat bimbungan dari Allah saw, aminn.
# tulisan ini ditulis oleh seorang pemudi fathani yang memperihatinkan keadaan umat islam yang ada diseluruh dunia dan ummat islam yang pada khusus di tanah melayu fathani.
By: Editor Haram Patah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ความคิดเห็น:
Post a Comment