Selamat datang di blog haram patah, blog orang mustadh'afin, yang menyediakan bacaan bahasa melayu sederhana, blog yang memberi sikap haram patah dalam perjuangan dan kehidupan, selamat membaca dan menimba wawasan

DIDIKAN AYAH

| |

Jam 21.25pm pada malam itu, isteri saya tellphone memberi tahu kata “Ayah Aku Sedang dalam keadaan letih dan lelah” aku ambil surat yasin lalu membacanya serta berdoa, selesai saja bacaan yasin, maka sekali lagi bunyi tellphone masuk lalu aku angkat, dengan suara itu bersebak-sebak “ayah takdak dah”.

Aku termenung dan rasa bengong dengan pemergian ayah ku, sejak dari 2 tahun yang lalu, semasa dia mula rebah jatuh sakit sampai pada hari ini, sekalipun aku “tak leh jengok tengok dia”. kini sampai akhir hayatnya ku takleh baca yasin ditepinya dan tengok wajahnya sebagai kali terakir, hanya aku baca diserambi Basar Atap Daun Serdang di kaki bukit hujung kampong, kerana ku ditakdir tuhan sabangai “orae soleh”.

Hal siapa nak mandi mayat, hal berapa orang nak menjemput orang sembahyang mayat?, hal siapa nak jadi imam ?, hal siapa nak turun mayat ke dalam kubur? dan segala hal tentang urusan orang meninggal dunia, aku tak kisah, serah saja ke ahli waris dirumah.

Jadi kebiasaan bagi seorang anak manusia apabila ada seorang meninggal dunia, maka selalu dia ingat kembali kenang-kenangan lama, aku pun macam itu juga, setelah ayah ku tiada, selalu aku ingat tegoran/tunjuk ajar ayah sebagai didikkan kepadaku.

Masa aku masih kecil dan mula nak belajar al-quran sebagai asas “Orea Taning” mereka ajar kepada anak mereka ketika aku dok Surat Kadae(juz 30), ayah ku sangat marah dan naik pitam jikalau aku buat telujuk untuk baca al-quran dengan surat kabar siam atau kertas bertulisan siam “Tak Baik Katanya”.

Bila aku besar sikit, sampai boleh mengaji di sekolah siam, dia melarang keras, tak beri aku bawa surat siam naik ke atas rumah, kata dia “Taruh Wah Mah Tu Lah”.

Juga di sekolah siam, dia pesan pada aku jangan bersain dengan anak siam kerana “Dia Berak Tak Basuh” katanya, dan melarang pergi kerumah siam “Kerana Air Telaga Dia Buboh Habu Orang Mapoh”.

Aku pun tak tahu ini perkara sungguh atau tidak, semakin pelik apabila setiap kali balik dari nat/pasar, ketika aku bersamanya lalu di hadapan ada Wat/puri dia suruh ludah air liur kalau nampak Tok-cha.

Ketika dirumah dia melarang aku buka radio dengar lagu siam, sekali sekala apabila ada orang siam lalu ditepi rumah untuk mencari tupai dan biawak, kalau siam menegor dia dengan bahasa siam, ayah ku buat tak mengerti, padahal dia boleh cakap siam dan bahasa siam tai/selatan juga sikit-sikit.

Waktu malam sebelum tidur, kalau aku suruh dia cerita legenda, sentiasa ayah ku ada cerita Raja Siung makan darah, raja jadi penyakit badan awal mula masuk agama islam, cerita tok-yah long dan sebangainya.

Semasa aku bermain-main dengan sain sambil memanjat pahun jammu, kalau ada kawan menyayi lagu “Pra’tep Thai” dia selalu jerkah dengan kuat suara.

Dulu aku tak paham apa didikan macam ini, Mungkin semua itu ada tujuannya, kini aku baru berpikir dan mula mengerti bahawa itu adalah suatu didikkan yang berharga dari ayah ku, didikkan dalam maksud supaya anaknya pabila dewasa nanti pasti kenal kawan dan lawan, dan pasti membela Bahasa, Bangsa, Agama Dan Tanah Air.

Ayah ku seorang yang tenang dan luhor, sikap peribadinya ini boleh dilihat ketika aku terpaksa meninggal diri dari rumah ku, hanya tinggal sanak saudara dan kampong halaman tempat tumpah darah ku, demi “gi hijrah” hanya sepatah kata yang pandek tapi bermakna yang dalam “Gi Lah” katanya, juga ketiga berpuluh-puluh kereta dan beratus “Babi” gi likong rumah ku, sedikit pun tidak ada rasa gementar atau berubah air wajah ayah ku.

Kini aku sudah tiada ayah dan aku tinggalkan segalanya, kemewahan duniawi , anak dan isteri, tempat tinggal dan lain-lain hanya kerana menunaikan perintah Allah SWT demi tinggi Lii’la Kalimatullahi Hial Ulya.

Ayah maaflah daku ini, sekiranya semasa engkau sakit dulu, aku tak dapat membela dan merawat ayah, dan tak dapat menunaikan tugas sebagai anak kepada ayah, kerana aku terpaksa memikul amanah yang besar.

Ayah berbanggalah dengan anak Jatae mu ini, kerana aku sudah jadi anak Jatae yang sanggup membela agama, bahasa, bangsa dan tanah air yang tercinta sepertimana cita-cita ayah.

YA Allah ampunilah dosa-dosa ayah ku dan berilah rahmat kepadanya, dan sekelian orang-orang tua dulu yang mana mereka berkurban untuk mekukuhkan Islam di bumi Patani ini, Amin.

Oleh: Cusit

1 ความคิดเห็น:

joe penang said...

Sy ada publish video berkaitan Patani. Digalakkan menyebarluaskan maklumat ini.

Mungkin boleh mengulas kat video ni.
http://faqir2.blogspot.com/2009/12/bangunlah-wahai-patani.html
Lagu kebangssan Patani ke? Apa tajuknya?

Post a Comment